Tuesday, August 31, 2010

My first recipe in this Ramadhan

Da hampir sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan ni.. Sekejap je kan rasanya.. Tapi walaupun hampir sebulan, adah tak nah lagi masak untuk berbuka mengikut citarasa adah sendiri.. sampai la pada satu hari, adah mendapat perutusan (cewahhh!!!) dari En. Bos yang mengatakan memberi cuti serta merta kepada pekerjanya untuk tempoh 2 hari bermula 26 Ogos sehingga 27 Ogos 2010.. So dalam kepala ni pun bercadang untuk masak makanan berbuka puasa mengikut citarasa adah sendiri..


Kalau korang sume masih ingat adah nah wat entry yang adah teringin masak ayam bakar madu kan?.. cadangnya memang nak masak tu untuk berbuka, tetapi disebabkan beberapa alasan, adah tak dapat nk masak.. sedey.. masih teringin.. tak pe la.. next time la yer..


Tapi disebabkan adah teringin nak masak gak.. adah plan nk masak koeteow kungfu.. wah.. semangat tu.. hehehe.. adah ni kalau ada mood nak masak, tak suka masak makanan yang orang kat umah ni da biasa masak.. so, koeteow kungfu.. ok la kan? bukan susah sangat pun..

So, kat cni adah nk share la resipi koeteow kungfu adah style..


Bahan-bahan:
mee koeteow
Telur
Ayam
Udang
Sotong
Bunga Kobis
Carrot
Buah Tomato
Bawang merah dan putih
halia
Cili padi
Sos tiram
Serbuk lada putih
Tepung Jagung
Kiub Ayam
Serbuk Sedap Rasa Knorr (tak guna ajinomoto)
Air
Garam


Ni sebahagian gambar bahan-bahan yang adah gunakan

bawang putih dan cili padi yang diketuk

bawang merah, putih dan hali yang diblender

Carrot + bunga Kobis

Ayam

udang + sotong

Cara memasak:
a) Koeteow Kungfu
1. Pecahkan telur campur bersama serbuk sedap rasa knorr
2. Pukul sehingga sebati
3. Gaul bersama mee koeteow
4. Goreng koeteow tersebut seperti mendadar telur..

Telur dipukul bersama serbuk sedap rasa knorr

koeteow + telur

hasilnya

b) Kuah Koeteow Kungfu
1. Blender bawang merah, putih dan halia
2. Beberapa biji bawang putih dan cili padi diketuk
3. Tumis bahan-bahan yang diblender tadi sampai naik bau
4. Masukkan bawang dan cili padi yang diketuk
5. Masukkan sos tiram + Serbuk lada putih + Kiub ayam + serbuk sedap rasa knorr
6. Masukkan Air
7. Masukkan carrot, bunga kobis, ayam, udang + sotong + buah tomato
8. Masukkan garam
9. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air


that's all.. selamat mencuba


No comments:

Post a Comment